Tuesday, April 12, 2011

13/ APRIL//2011

Hari keramat untuk aq…hari kelahiranku…aku sangat bahagia hari ini semua kawan-kawan n family ingat birthday aq. Rasa terharu sangat,, dengan ucapan dan doa dari mereka.. thanks kepada semua…. Tapi kenapa dia tak ingat..orang yang aku cintai tak ingat langsung rasa terkilan sangat… di mana dia sekarang?? Aku masi mengharap kami akan seperti dulu.. aku terlalu rindukan dia….. Apapun aku xnak rosakkan hari bahagia ini dengan derita lama..aku yakin Allah sentiasa bersamaku menenmaniku dalam setiap langkah perjalanan in…

Di hari yang berbahagia sebagai penghargaan kepada diriku sendiri. Aku berazam aku takkan menghadap ke belakang lagi.. aku ada masa depan yan lebih baik.. aku akan teruskan langkah ini walau sepahit mana pun perjalan ini..akan ku harungi juga berkat PErtolongan dan Kekuasaanmu YA Allah..

Biarlah sejarah hitam itu. Aku adalah aku..aku terus begini
Memperjuangkan kehidupan ini denga n setapak dann setapak ke hadapan lagi.
Biarlah masa lalu itu, Biarlah mereka yang tak menghargaiku
Akan ku gagahi juga haluan hidup ini. Walau perasaan berkocak, walaupun perasaan ini sakit

Thursday, January 20, 2011

Di Kejauhan Ini.....




aku ingin hidup seperti burung yang terbang bebas ke mana sahaja.
aku boleh terbang ke mana sahaja aku ingin pergi
aku boleh bertemunya, kerna aku sangat merinduinya
aku ingin sentiasa bersamanya tak kira dalam keadaan bagaimana sekalipun
jarak kejauhan ini membuatkan kami terpisah
tanggungjawab membuat kami lebih fokus dalam kehidupan, memang dulu aku tak mengerti apa yang berlaku antara aku dan dia
aku mengeluh, aku bosan, then aku putuskan semuanya berakhir
tapi aku akui tak mampu aku hadapinya bila tak bersamanya lagi
biarlah waktu yang akan menentukan segalanya...

Monday, November 15, 2010

PENGAJIAN ISLAM


JUFIZA BINTI SALLEH
KJC 1080527
SISTEM EKONOMI ISLAM
SEKSYEN 2
URL http://myceriteraieza.blogspot.com
MUHAMMAD MUNIB AHMAD
15 NOVEMBER 2010




Soalan Nombor  3
Sistem ekonomi islam adalah sesuai untuk semua umat manusia. Buktikan

      Ekonomi islam adalah sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat  yang berpegang kepada nilai-nilai islam dan sebahagian dari sosiologi yang mengkaji tentang manusia, bukan sebagai individu sosial yang beriman dengan nilai-nilai kehidupan Islam ianya juga memberi perhatian kepada masalah-masalah yang melibatkan wang. Malah, semakin ramai ahli-ahli ekonomi yang sependapat dengan pandangan Islam bahawa ekonomi memberi perhatian kepada aspek gelagat manusia dalam mendapatkan dan membelanjakan wang.  Selain itu, dalam ekonomi Islam juga tidak boleh mengagihkan sumber-sumber mengikut sebarang cara  yang kita ingini. Sistem ekonomi Islam berlandaskan Al-Qur’an, As-Sunnah, Ijmak, Qiyas dan Ijtijad yang bersifat ketuhanan (Rabbani) yang meliputi pelbagai perkara seperti nilai pengkhususan buruh, sistem harga dan konsep harga yang wajar, kuasa-kuasa permintaan dan penawaran, pengguna dan pengeluaran, pertumbuhan penduduk, perbelanjaan kerajaan dan percukaian, peranan negara, kitaran perniagaan monopoli, kawalan harga, pendapatan dan perbelanjaan rumah tangga dan sebagainya. Yang dijelaskan oleh ahli-ahli cerdik pandai dan ahli-ahli ekonomi Islam sejak permulaan Islam lagi seperti Adam smith, Imam Ibn Hazmin, Imam al-Ghazali dan Ibn Khaldun,  yang menyediakn asas bagi perlaksanaan ekonomi Islam dan kelangsungan idea-idea ekonomi.
             Dari sudut ekonomi undang-undang Islam.  Pembayaran sewa adalah tidak bercanggah dengan etika sistem ekonomi Islam dan sesuai untuk semua umat manusia kerana terdapat perbezaan yang jelas antara sewa dan bunga, walaupun bunga dan sewa kelihatan sama. Ini kerana sewa adalah dari tanah atau harta benda, bunga adalah dari modal yang mempunyai potensi untuk diubahkan kepada sebarang bentuk harta atau aset, telah dihujahkan bahawa hak ke atas pemilik tanah tidak boleh dianggap sebagai hak kebebasan untuk menyewakannya. Sewa adalah hasil insiatif, daya usaha dan kecekapan. Ia terhasil dari proses penciptaan nilai yang tertentu kerana pemilik harta atau aset masih terasa terlibat dan mengambil berat tentang kegunaan asetnya oleh si pengguna  sepanjang masa. Dalam kes sewa usaha produktif amat diperlukan dalam proses penciptaan nilai kerana ikhtiar ekonomi telah dilakukan oleh pemilik modal dengan mengubahnya ke dalam bentuk harta atau aset. Pemilik modal itu sendiri yang akan menentukan corak saiz dan nilai faedah keluaran. Oleh itu, ia adalah terhad kepada penggunaan yang jelas dan berfaedah, sebenarnya sewa ke atas harta benda ataupun aset lebih menyerupai upah dan gaji ataupun margin untung kasar yang ditentukan oleh pengilang atau peniaga ke atas barangan atau bayaran yang dikenakan untuk sebarang pekerjaan dan berlainan sama sekali dengan bunga ke atas modal.
            Merujuk kepada soal upah dalam Islam, upah ialah pendapatan yang diterima oleh buruh yang terdiri daripada dua sudut iaitu wang dan bukan wang. Jumlah wang diterima buruh dalam satu-satu jangkamasa, katakan sebulan, seminggu atau sehari merujuk kepada wang buruh. Upah sebenar buruh bergantung kepada pelbagai faktor seperti jumlah upah wang dan kuasa yang terkandung dalam jumlah kerperluan hidup yang sebenar diterima oleh buruh dari pekerjaannya. Buruh itu kaya atau miskin akan menerima ganjaran yang setimpal atau tidak, bergantung kepada upah benar dan bukannya upah wang pekerjaannya. Teori upah yang diterima umum ialah teori keluaran sut yang mana upah adalah ditentukan di tingkat keseimbangan antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran. Penindasan majikan terhadap buruh ini adalah perkara asing dalam Islam. Sabda Rasulullah (s.a.w) “upah seorang bruh mestilah dibayar kepadanya sebelum kering tubuh di badanya. ‘Tambahan pula hadis riwayat Ibn Majah, Rasulullah (s.a.w) bersabda yang bermaksud, “adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk menerima kerja-kerja yang boleh dilakukan dengan mudah oleh pekerja mereka. Mereka tidak sepatutnya disuruh melakukan pekerjaan yang akan memudarat kesihatan mereka.” Hakikatnya, dalam masyarakat Islam upah yang berpatutan bukanlah satu keistimewaan tetapi satu hak akan dikuat kuasakan sepenuhnya oleh negara. Apabila orientasi semula sikap sesebuah negara telah dicapai, penetapan upah yang sebenarnya dan fomula daya pengeluaran akan dilakukan secara adil. Di dalam negara-negara Islam di seluruh dunia terdapat keperluan utama untuk memperteguhkan matlamat-matlamat progresif  yang sepatutmya menguasai undang-undang buruh  dan penerimaan hak-hak buruh yang diakui sejagat seperti hak mengadakan mogok, hak mendapat upah yang berpatutan, jaminan sosial dan berkongsi keuntungan. Islam mengutuk penyalahgunaan hak atau ketidakjujuran dalam mengambil sebarang bahagian hak milik majikan. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda yang bermaksud, “sebaik-baik pendapatan adalah dari usaha buruh dengan syarat ia melaksanakan tugasnya dengan cermat dan teliti untuk majikannya. “negara Islam mempunyai keupayaan untuk membasmi sebarang kegiatan anti-sosial di kalangan pekerja. Malah Islam menyokong pertumbuhan masyarakat yang seimbang di mana tolak ansur di antara buruh dan modal dianggap sebagai satu syarat penting yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.          
Dalam sistem ekonomi Islam juga terdapat sistem zakat yang dapat membantu golongan miskin. Zakat merupakan rukun Islam keempat yang wajib dilaksanakan, harta-harta yang dikenakan zakat adalah kerana untuk mengembangkan harta sama ada secara dikerja atau bedasarkan kekuatan yang diwajipkan ke atas hasil-hasil pertanian dan buah-bauhan. Ini kerana ia merupakan suatu kewajipan ke atas apa yang tumbuh dan berkembang daripada penghasilan bumi, iaitu bijirinya seperti jagung, gandum dan lain-lain malah buahnya. Apa yang didapati daripada bumi dan semua penghasilannya adalah sejenis harta yang sebenar. Walaupun perkembangan dan kemajuan yang berlaku kepada bumi merupakan sesuatu yang bukan tabii (tidak daripada perkembangan alam, tetapi dengan dimajukan dan diusahakan seperti hasil pertanian dan binatang ternakan, tetapi ia adalah hasil yang berbentuk bikinan yang serupa dengan tabii yang dipandang Islam sebagai perkembangan yang selaras dengan hukum syara’ dan halal. Zakat adalah satu rukun Islam yang bercorak ta’abbudiyah (salah satu kewajipan beribadah) lima perkara, dengan demikian apabila seseoarang Islam enggan menunaikan kewajipan membayar zakat bererti dia telah meruntuhkan salah satu daripada tiang agama (rukun asas Islam). Di samping itu, hak pihak berkuasa (wali al-Amri) dalam usaha mengutip dan memungut zakat, membahagikan hasil zakat itu kepada peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan mengikut ajaran syara’ dan mengagih serta memisahkan hasil kutipan zakat dengan hasil kutipan cukai daripada sumber-sumber lain, merupakan satu perkara yang tegas sekali dalam hukum syara dan tidak dipertikaikan lagi. Zakat akan diberikan dan diagih-agihkan kepada orang miskin dalam firma Allah yang bermaksud “ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruh). 
            Sistem ekonomi Islam berkaitan percukaian adalah sesuai untuk  semua umat manusia badasarkan bukti yang diperjelaskan oleh Adam Smith (pakar ekonomi Barat) yang mengatakan “perlaksanaan dan kutipan cukai hendaklah dilakukan denga satu cara yang baik supaya cukai itu dapat dikutip daripada pihak pembayaran dengan kos yang paling rendah.”  Dalam masalah ini kita boleh meneliti kandungan kitab karangan Abu Yusuf menegur dan mengkritik sistem paksaan dalam mengutip cukai, yang terkenal dengan sisitem Taqbil (mahu menerima sahaja). Hal ini menunjukkan sistem ekonomi Islam telah diterima pakai oleh semua umat manusia mengikut tataterbit yang betul dan tiada unsur diskriminasi dalam pelaksanaan cukai. Menurut Ibn Khaldun pula beliau menyatakan “Ketua negara selalu sahaja menguatkuasakan pelbagai jenis cukai yang dikaitkannya dengan barang-barang jualan dan sebagi tambahannya sering dikenakan suatu kadar yang tertentu terhadap harga-harga barangan di pasaran, juga ke atas pelbagai jenis barangan yang berada dalam kawasan Bandar…” yang jelas sekali menunjukan bahawa cukai-cukai baru seperti ini belum pernah wujud sebelumnya. Beliau berkata lagi keadaan seperti ini merupakan suatu bentuk cukai “tidak langsung” yang menyebabkan pihak peniaga atau pengeluar terpaksa menambah kadar cukai-cukai baru itu ke atas harga barang jualannya. Ini bermakna dia memindahkan beban kepada pihak pengguna. Rakyat jelata terpaksa membayarnya dalam bentuk harga barangan mahal, iaitu suatu keadaan yang disifatkan oleh Ibn Khaldun “tol-tol (mukus) itu adalah bayaran tambahan ke atas bahan tambahan yang dikenakan ke atas bahan jualan supaya ia menjadi mahal. Kerana para penjual runcit dan saudagar mengambil kira kadar keuntungan ke atas semua bahan atau barang dagangan serta semua belanja yang mereka keluarkan. Semua cukai dalam Islam telah disebutkan dalam nas-nas agama adalah termasuk dalam cukai-cukai “langsung,”  yang disebutkan oleh Ibn Khaldun dengan katanya “sesunguhnya sedekah (zakat), kharaj, dan jizyah adah cukai yang wajib dikeluarkan mengikut panduan dan arahan syara’ dan sedikit pembahagiannya. Suatu perkara yang menarik perhatian kita, yang boleh menyebabkan kita kagum, ialah bahawa Ibn Khaldun bukan hanya mampu memisahkan kedua-dua bentuk cukai yang langsung dengan tidak langsung, yang sehingga kini diterima pakai oleh semua umat manusia sejak berabad tahun lagi.
            Dalam pemilikan harta mengikut sistem ekonomi Islam. Islam bukan sahaja mengiktiraf hak setiap pemilik harta untuk menikmati faedah daripada harta kepunyaannya itu, malah ia mengiktiraf juga hak pemilik itu untuk mengurusakannya semasa dia masih hidup dan sesudah meninggal dunia. Selain itu, setiap individu bebas memiki harta benda. Namun, Islam meletakkan peraturan supaya masyarakat Islam semuanya selamat. Antara peraturannya  harta hendaklah diperolehi dengan cara yang betul dan halal. Bukan dengan cara tipu daya, tindas menindas, monopoli, mencuri, rasuah dan sebagainya. Perlakuan yang buruk itu menyebabkan masyarakat tidak selamat hasil daripada tindak balas orang yang tertipu itu. Setiap peraturan Islam biasanya didahului oleh persediaan dan kelengkapan jiwa. Akidah yang kukuh mampu mengawasi peraturan itu agar setiap muslim sentiasa bersiap sedia menerima dan mematuhi dengan penuh kerelaan. Allah S.W.T telah memberi panduan dalam firma-Nya bahawa “melanggar arahan ataupun bertindak sendirian tentang harta seperti itu adalah satu pelanggaran sikap yang tidak baik dan menyusahkan masyarakat. Arahan itu adalah suatu ketetapan yang perlu dilakukan”. Ini bedasarkan perakuan Islam bahawa harta itu adalah suatu alat untuk kepentingan masyarakat. Oleh itu, harta tersebut dapat membangunkan bumi ini, mendirikan perindustrian dan juga meluaskan bidang perniagaan serta perdagangan. Para pemilik berkenan dapat mengambil bahagian dan memberi sumbangan bagi memenuhi keperluan orang yang memerlukan bantuan. Ini dengan cara mendirikan projek-projek yang bermanfaat bedasarkan kaedah-kaedah sains bagi menjayakan revolusi hijau dan mengekploitasi padang pasir dengan berbagai jenis bahan pertanian. Keadaan sedemikian, walaupun, bukan berpunca daripada perasaan simpati yang berasaskan silaturahim dan tolong-menolong, tetapi ia bedasarkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. daripada harta orang kaya yang menjadi sebahagian daripada hak orang miskin. Ia juga bedasarkan kewajipan membayar cukai yang ditentukan oleh pihak yang berkuasa mengikut ukuran keperluan negara dalam menjalankan pelbagai projek pembangunan, perindustrian, dan kemajuan tamadun. Sesungguhnya al-Qur’an memberi perhatian berat dan galakan ke arah membantu serta memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin dalam menegakkan agama Allah (Islam). Penjelasan ini amat diterima umum oleh semua umat manusia yang menjalankan pembahagian harta atau pemilikan harta dengan cara yang adil dan tiada wujud persengketaan agar masyarakat hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
Dalam sistem ekonomi Islam juga terdapat sebuah institusi kewangan yang merupakan badan khas yang ditubuhkan bagi menggerakkan dan melancarkan ekonomi orang Islam dan bila disebutkan ekonomi Islam ini bukan sahja bermakna untuk orang tetapi golongan yang bukan Islam juga boleh menyertainya. Bagi orang Islam menjalankan aktiviti mengikut prinsip  Islam ia merupakan pahala ibadat kerana menunaikan perintah Allah dengan tujuan mendapat keredhaan Allah. Antara institusi kewangan Islam ialah Baitul mal, Bank Islam, Bank Muamalat, Takaful, dan sebagainya. Dalam sistem Baitul mal sumber kewangannya terdiri daripada zakat, sedekah, harta pusaka yang tiada waris, harta wakaf, cukai tanah (kharaj), dan cukai perlindungan ke atas orang bukan Islam (Jizyah). Dalam sistem perbankan Islam iaitu bank Islam, bank muamalat dan senbagainya mengamalkan konsep al-wai’ah, al-mudhrabah, al-murabahab, al-rahn, bay’ al-‘Inah, Bay” Bithaman Ajil, al-Qard al-Hassan dan sebagainya.
Kesimpulannya,  ekonomi Islam terbukti sesuai untuk semua umat manusia. Hal ini kerana ianya memberikan kebaikan kepada semua golongan dengan memelihara kehidupan sesebuah masyarakat dan Negara. Perekonomian sebagai salah satu sendi kehidupan yang penting bagi manusia yang terdapat dalam  al-Qur'an,  telah diatur sedemikian rupa. Dalam sistem ekonomi Islam itu sendiri terbukti bahawa semua umat manusia yang beragama Islam mahupun bukan beragama Islam turut percaya dan melibatkan diri dalam polisi pentadbiran ekonomi berlandaskan Islam. Hal ni, bermakna ekonomi Islam telah pun digunapakai oleh semua umat manusia sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi sehinnggalah pada masa kini.















BAHAN RUJUKAN
1.       Buku
Muhammad Abdul Manan Profeser Institusi Penyelidikan dan Latihan Islam, Bank Pembangunan Islam, Jeddah. Jilid Pertama (bahagian 1 dan 2. Ekonomi Islam Teori Dan Praktis (Asas-Asas Ekonomi Islam).
Dr. Muhammad Abdul Mun’im Al-Jammal, Eksiklopedia Jilid 1 Ekonomi Islam, Percetakan Dewan Bahasa dan Pusaka, Lot 1037, Mukim PKNS, Ampang / Hulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.

2.       Artikel Majalah
Ustat Zaharuddin Abd. Rahman ( 1 Oktober 2010) Muamalat . Sistem Kewangan Islam